Ok..utk entry ni ummi nak cerita pengalaman ummi bersalinkan Mika atau nama penuh putera ummi ni Mohamad Muqri Mikail bin Mohamad Nazirul..panjang bebenor nama yang abah pilih ni...huhu
Ummi dah start amik cuti balik kampung 2 minggu awal dari tarikh due date sebab mmg ummi plan nak bersalin dekat kampung je..senang ada opah nak tolong jaga..lagi pun abah takde pengalaman nak jaga orang lepas bersalin...so nak taknak abah kena la tahan berulang tiap minggu balik kampung jumpa ummi.. Setiap kali abah balik kampung je mesti abah tanya ummi..tak rasa nak bersalin lagi ke?hehe..
11/10/2015 (Ahad)
Malam lepas abah dah gerak balik puchong ummi dah start rasa tak sedap hati..perut ummi pun rasa keras..rasa contraction dah ada dah time ni..tapi ummi abaikan lagi,..tak bgtau abah pun..takut abah risau..lagi pun abah baru sampai puchong...tak sampai hati nak suruh balik Sabak Bernam semula.. Ummi tahan sakit sampai pagi..tapi masa ni contraction tak kuat sangat...and tak sekerap mana..cuma ummi tak boleh nak tido sangat je malam tu..sibuk menggoogle pasal contraction..huhu
12/10/2015 (Isnin)
Bangun pagi ummi terus bagitau opah perut ummi dah start sakit..opah dah tak senang duduk..ummi je yang relax lagi..haha.. Opah pesan dengan ummi kalau keluar air or darah cepat2 bagitau..tu tanda dah nak bersalin...so ummi pun tahan sakit sampai la sakitnya dah selang 2minit..tapi still takde tanda2 yang opah cakap..sampai la lepas solat asar..ummi cakap dengan opah ummi dah tak tahan...mokde terus angkat beg masuk kereta hantar ummi pergi hospital kat depan rumah je..Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).. Dah la ummi tengah sakit..time nak daftar tu boleh pulak nurse2 kat situ dok sibuk dengan offer melancong...siap suruh ummi tunggu lagi sebab dorang nak dengar explanation pasal pakej tu..huhu
Mokde sangat2 teruja bila ummi dah masuk hospital nak bersalin..sebab dia berangan nak sama tarikh birthday dengan Mika...huhu
Bila ummi dah check in wad..time ni nurse check laluan dah buka 2cm...nurse tu pesan kalau dah tak tahan sangat nnti bgtau..dia check laluan lagi...so ummi pun relax la duduk atas katil sambil perhatikan bakal2 mommy yang lain..selain ummi ada 3 org lagi yang tunggu turn nak bersalin hr tu..and mostly semuanya tengah menangis tahan sakit...ummi je dengan stail ummi..bila sakit golek2 atas katil..haha
Masa ummi bgtau abah ummi dah masuk wad..abah dah start panic dah..terus dia gerak balik malam tu jgk..tak tau la berapa laju abah bawak kereta time tu..sampai2 dalam pukul 10 camtu abah dtg tgk ummi..ummi mintak abah sign form utk masuk time ummi bersalin..alhamdulillah abah nak sign..huhu
Tak lama lepas abah balik rumah opah nak rehat kejap..ummi dah start rasa sakit sangat..tp ummi sempat lagi pergi toilet buang air..lagi2 time ni ummi rasa nak terberak sangat2..bila ummi duduk dkt kerusi..ummi terasa sangat macam ada kepala duduk kat bawah ummi..hehe..terus ummi bgtau nurse yang ummi dah tak boleh tahan...terasa macam nak berak.. Apa lagi..nurse tu terus suruh ummi masuk labour room..bila check laluan dah 8cm..tp air ketumban tak pecah lagi..
Nurse terus call abah bgtau yang ummi dah nak bersalin..Sister Syarifah yang uruskan ummi masa ummi nak bersalin..jenuh jugak la dia nak pecahkan selaput air ketumban..ummi dah menjerit Allahu Akbar byk kali dah masa tu..nasib baik ummi tak jerit Ayoyo..ammaaaa...hahaha..
Bila dah dapat pecahkan selaput je...terus ummi terasa nak meneran...nasib baik abah sempat sampai...abah cakap masa abah sampai..abah dh nampak kepala Mika keluar..nurse pun dh gelabah pakaikan abah baju putih tu...ummi lega sangat sebab abah ada temankan ummi..abah bg semangat kat ummi suruh push..
13/10/2015
Tepat jam 12.05am..lahirlah anak ummi ke dunia...lepas ummi dah confirmkan jantina Mika..nurse letak Mika atas dada ummi and suruh ummi bg Mika susu..anak ummi ni lahir2 je terus pandai menetek..lapar sgt ye syg...menangis2 bila nurse suruh lepaskan sebab nak bersihkan Mika..
Lepas nurse dah siap bersihkan Mika..abah terus ambil untuk azankan..sayu hati ummi bila dengar abah azankan anak ummi ni..macam tak percaya lepas macam2 dugaan ummi n abah lalui..akhirnya selamat jugak ummi lahirkan anak ummi yang comel ni..
Bila dah settle semuanya..nurse tolak ummi and Mika masuk dalam wad..ramai rupanya yang brsalin..huhu.. Anak ummi dari lahir mmg kuat menetek..sampai skrg kuat menetek..thumb up!!
![]() |
| Rambut pacak!! |
Pssttt: Ummi rasa lega sebab 5minit dah bezakan birthday mokde dengan Mika..haha

No comments:
Post a Comment